RSS

Tuesday, October 20, 2009

GAMIM adalah satu keperluan


Mahasiswa bakal menerajui kepimpinan negara’ bukanlah suatu istilah yang asing yang dislogankan buat mahasiswa-mahasiswa di Malaysia. Mahasiswa kini dilabel sebagai golongan intelek yang perlu menggalas tanggungjawab membina, membangunkan, memimpin dan mewarnai masyarakat, ekonomi dan politik negara dengan corak-corak keintelektualan mereka.


Mahasiswa Islam juga tidak ketinggalan dalam menerajui arus kepimpinan ini. Golongan ini sepatutnya diberi lebih ruang untuk mengemukakan idea dan mempertahankan agama di atas prinsip-prinsip Islam yang suci. Mereka seharusnya bersatu-padu dalam memberikan respon dan pendapat serta bijak dalam mengambil peluang dalam usaha untuk mendaulatkan Islam. Malangnya, mahasiswa di kolej-kolej Islam kini dilabel sebagai jaguh kampung yang hanya memartabatkan Islam di tempat mereka sahaja.


Tuntas, di atas kesedaran akan peri-penting mahasiswa-mahasiswa di bawah naungan Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) ini perlu bersatu demi membawa dakwah Islam, maka Majlis Perwakilan Mahasiswa INSANIAH dengan sokongan pimpinan mahasiswa dari kampus-kampus IPTIM yang lain, mencadangkan penubuhan Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM) yang berfungsi sebagai wadah perjuangan mahasiswa di kolej-kolej universiti Islam IPTIM. Konsep gabungan ini sebenarnya telah dibentuk di universiti-universiti IPTA yang kini dikenali sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).

No comments:

Post a Comment