RSS

Sunday, August 8, 2010

Pelancaran Gamim:satu Reformasi mahasiswa IPTIM



3 Ogos 2010 : Dewan serbaguna Kolej Darul Ridzwan(KISDAR),Perak telah menyaksikan 1 pelancaran Gabungan Mahasiswa IPTIM Se-Malaysia,GAMIM.Majlis ini dihadiri lebih dari 500 orang mahasiswa mahasiswi Institiut Pengajian Islam seluruh Malaysia.Lebih 7 Majlis Perwakilan Pelajar IPTIM mengambil tempat sepanjang majlis pelancaran di jalankan.
Majlis dimulakan dengan ucapan Presiden MPP KISDAR,saudara Shafie bin Shafawi sebagai tuan rumah,Seterusny di teruskan dengan ucapan Aluan Presiden GAMIM,Saudara Abd Muaz b. Ab Aziz,merangkap Presiden MPM KUIN,Alor setar kedah.Beliau telah menyinkap sejarah peranan pemuda sejak zaman sahabat sehingga zaman kebangkitan mahasiswa Malaya.Di dalam Ucapan nya,Beliau Menekan satu tema "Melukis Zaman Baru".
Seterusnya majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian dan Pelancaran GAMIM oleh Timbalan Rektor HEA&HEP KISDAR,Prof Dr Husni.Beliau menyatakan GAMIM hadir ketika mana mahasiswa IPTIM sememangnya amat memerlukan dan GAMIM kini berdiri dengan sokongan dari seluruh MPP IPTIM dan HEP di peringkat IPTIM.
GAMIM yang sememangnya merupakan satu platform dan pentas untuk semua mahasiswa IPTIM khususnya pimpinan pelajar untuk menjana peranan mahasiswa islam ke dalam dunia masyarakat,GAMIM juga merupakan gabungan suara dan pendapat seluruh mahasiswa IPTIM didalam isu-isu kampus,mahupun isu-isu diperingkat Glokal dan Global.
Sepanjang lebih 8 bulan GAMIM ditubuh kan, Simposium Mahasiswa Utara(SIMURA) merupakan 'anak pertama' GAMIM dalam menyuntik semangat dan keperibadian Mahasiswa contoh.
Dalam temuramah bersama wartawan,Presiden GAMIM. saudara Abdul Mu'az sekali lagi menegaskan " GAMIM kali ini komited untuk menerangkan peranan Organisasi ini kepada semua sahabat kampus,Agar mereka jelas tentang peranan dan hak-hak mereka"

Monday, March 1, 2010

GAMIM ANJUR SIMURA'10


Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia dengan kerjasama PERSADA Kedah, MPM Insaniah dan QC akan menganjurkan Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara (SIMURA'10) yang bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa Malaysia khususnya wilayah Utara Semenenjung kepentingan berdikari dalam membentuk syahsiah mahasiswa disamping berfikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Program selama 2 hari itu akan menampilkan beberapa tokoh dan bekas aktivis mahasiswa tanah air diantaranya ialah YB Nasir Zakaria, YB Dato' Mahfuz Omar, Dr. Anhar Opir, Dr. Azmi Abdul Hamid, Tn. Haji Ismail Ahmad, Encik Salmi Anas dan Sdr Dzulkhairi Mohd Noor.

Diantara kertas kerja-kertas kerja yang akan dibentangkan ialah bertajuk: Masa Depan Politik Kampus: Antara Realiti dan Cabaran, Membentuk Mahasiswa Yang Berdikari Untuk Memacu Ekonomi Masa Depan, Kepimpinan Mahasiswa Islam : Satu Tanggungjawab.

Semua ahli GAMIM seluruh negara dijemput turut serta dalam program sulung anjuran GAMIM ini. Yuran RM 10 sahaja dikenakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Sdr. Mahyuddin - 0194487170

Wednesday, December 2, 2009

MESYUARAT GAMIM KALI PERTAMA PADA 3 DISEMBER 2009


Jawatankuasa Teknikal Penaja GAMIM Malaysia mengucapkan selamat bersidang buat rakan-rakan pimpinan kampus-kampus dibawah IPTIM yang akan bersidang pada 3 Disember 2009 di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Saudara Abd. Muaz Bin Ab. Aziz, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN itu dijangka akan menyentuh pelbagai perkara khususnya berkaitan isu-isu penubuhan GAMIM Malaysia seperti matlamat, halatuju, logo, perlembagaan dan lain-lain lagi.

Sebanyak 10 kampus di bawah IPTIM akan diwakili oleh Presiden/YDP dari MPP/MPM telah menyatakan persetujuan mereka untuk hadir ke mesyuarat yang julung-julung kali diadakan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penaja GAMIM MALAYSIA, Saudara Ammar Badruddin Romli berharap agar mesyuarat kali ini mampu menjadi batu loncatan buat anggota Majlis Tertinggi Presiden (MTP) GAMIM untuk meneruskan perjuangan dan matlamat asal GAMIM.


Selamat Bermesyuarat !

Saturday, October 24, 2009

TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA


Sehingga kini penubuhan GAMIM telah mendapat sokongan padu dari kepimpinan mahasiswa MPP/MPM kampus- kampus dibawah IPTIM dan perbincangan secara tertutup dan tidak langsung sedang dibuat. Kampus-kampus tersebut adalah seperti;

1. Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti INSANIAH, Alor Setar (INSANIAH)
2. Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
3. Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
4. Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Islam Darul Ulum (KIDU)
5. Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
6. Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Islam Antarabangsa (IIC)
7. Persatuan Mahasiswa, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
8. Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)
9. Institut Kemahiran Islam Malaysia Pahang (IKMAS)
10. Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs)

Pihak Jawatankuasa Teknikal Penubuhan GAMIM Malaysia berharap lebih banyak kampus bersama-sama untuk menyertai GAMIM Malaysia. Beberapa perbincangan sedang dibuat dengan pimpinan mahasiswa di kampus-kampus yang belum menyertai GAMIM Malaysia.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ahli Jawatankuasa Teknikal Penubuhan GAMIM Malaysia:-

1. Saudara Abdul Mu'az - 013-4062709
2. Saudari Zamilah - 013-4513027
3. Saudara Ammar Badruddin - 013-2535610

Tuesday, October 20, 2009

GAMIM adalah satu keperluan


Mahasiswa bakal menerajui kepimpinan negara’ bukanlah suatu istilah yang asing yang dislogankan buat mahasiswa-mahasiswa di Malaysia. Mahasiswa kini dilabel sebagai golongan intelek yang perlu menggalas tanggungjawab membina, membangunkan, memimpin dan mewarnai masyarakat, ekonomi dan politik negara dengan corak-corak keintelektualan mereka.


Mahasiswa Islam juga tidak ketinggalan dalam menerajui arus kepimpinan ini. Golongan ini sepatutnya diberi lebih ruang untuk mengemukakan idea dan mempertahankan agama di atas prinsip-prinsip Islam yang suci. Mereka seharusnya bersatu-padu dalam memberikan respon dan pendapat serta bijak dalam mengambil peluang dalam usaha untuk mendaulatkan Islam. Malangnya, mahasiswa di kolej-kolej Islam kini dilabel sebagai jaguh kampung yang hanya memartabatkan Islam di tempat mereka sahaja.


Tuntas, di atas kesedaran akan peri-penting mahasiswa-mahasiswa di bawah naungan Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) ini perlu bersatu demi membawa dakwah Islam, maka Majlis Perwakilan Mahasiswa INSANIAH dengan sokongan pimpinan mahasiswa dari kampus-kampus IPTIM yang lain, mencadangkan penubuhan Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM) yang berfungsi sebagai wadah perjuangan mahasiswa di kolej-kolej universiti Islam IPTIM. Konsep gabungan ini sebenarnya telah dibentuk di universiti-universiti IPTA yang kini dikenali sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).